iELKEN COMPENSATION PLAN EXPLAINED!

SYARIKAT MULTI LEVEL MARKETING ELKEN NO 1 DI MALAYSIA

PERCUMA 'FITTING' HUBUNGI KAMI:

SELAMAT MEMBELI-BELAH

Sunday, July 31, 2016

Penapis air ‪#‎BioPure‬ K-400



🍥mempunyai 3 jenis suhu ( sejuk, suam dan panas).

🍥Sesuai untuk diletakkan diatas para dapur anda.

🍥Kapasiti air dan perincian mengenai K-400, boleh rujuk pada gambar yang disediakan.

🍥Kelebihan:

-Sistem penulenan R.O dan 5 peringkat sempurna.

-Penerima cop Mohor Emas S-300 WQA satu-satunya di Asia.

-Pengesahan kualiti oleh pakar-pakar air dunia.

-Diiktiraf oleh Frost & Sullivan sebagai pengamal amalan air terbaik 1% teratas.

-Teknologi yang digunapakai oleh Institut Jantung Negara.

🍥Ciri-ciri:

-Sistem pengawal tekanan air tetap.

-Sistem pancuran auto dan bilasan canggih.

-Teknologi bilasan canggih.

-Tangki kedap udara dan bergred makanan.

-Teknologi pengawal paras air pintar.

-Sistem kunci keselamatan kanak-kanak.

Sistem pengawal suhu pintar.

-Penunjuk LED jelas.

-Kemudahan '1 sentuhan'.

Harga Rm 188/bulanan shj.

Cara belian secara Tunai, Kad kredit dan Ansuran bulanan.

Wassap: 0133798684 @
Call: 0133798684 (En. Zaman Shah Bin Saiyan)

"Pelaburan Berbaloi Untuk Kesihatan Keluarga Anda Semua"

Sumber teks: FBMohd Izzuddin Mohd Zarin


Tuesday, July 5, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016M



Produk MRT: Fujitsa Lactose-S Elken

Sekadar perkongsian berkenaan kesihatan. Ramai di kalangan kita yang tidak tahu dan tidak sedar, dalam badan kita mempunyai banyak najis terlonggok atau lebih dikenali sebagai tong sampah bergerak. Tong sampah ini dipanggil usus.

Malah ramai juga yang tidak perihatin tentang kesihatan usus. Kata Nabi, segala penyakit berpunca dari perut. Jadi, apabila perut terlalu asyik menerima segala macam makanan, usus terpaksa menerima dan memproses untuk dihantar ke bahagian-bahagian badan yang lain.





Tanda-tanda usus tidak sihat seperti muka berjerawat, kerap mengantuk dan lebih parah lagi dapat menyebabkan kanser. Jadi jika pelbagai penyakit datang, anda makanlah apa jua jenis ubat sekalipun selagi mana usus anda tidak sihat, ubat tersebut tidak akan berfungsi dan memainkan peranan dengan baik.

Menurut pakar perubatan di Amerika Syarikat, antara 22 000 pesakit yang telah dibedah siasat didapati tiada seorang pun yang mempunyai usus yang sihat!




Sebenarnya, usus di dalam tubuh badan manusia bersamaan dengan 6 kali ketinggian kita. Usus dilipat kemas dan disimpan rapi di dalam badan.


Di bawah ini merupakan keadaan usus kita. Kita tidak sedar makanan masuk seharian akan terlonggok dalam usus kita dan makanan tersebut akan terkumpul. Tidak semua najis terlonggok dalam usus akan dikeluarkan sepenuhnya sewaktu kita buang air. Pasti dan pasti ada saki baki dan sisa yang masih tertinggal di dalamnya. 

Mungkin sisa dan saki baki najis kita tadi akan terlonggok di dalam usus selama beberapa tahun dan inilah yang dapat menyebabkan kanser kerana najis tersebut akan diserap kembali ke dalam darah kemudian ke hati.






Selalunya kita dapat lihat secara fizikal, najis terlonggok akan banyak pada orang yang berperut buncit





Kajian mendapati toksin daripada najis yang melebihi 3 hari disuntik ke dalam tubuh tikus, tikus tersebut akan mati serta merta!!!!

Lebih bahaya, najis yang terlonggok tersebut akan menggalakkan lagi pertumbuhan bakteria berbahaya yang dapat menyebabkan kanser!!



Bagaimana kita hendak tahu sama ada usus kita sihat atau tidak??? Kita dapat tahu tahap kesihatan usus kita bergantung pada :

1. Warna dan bau

Usus yang sihat : warna najis akan menjadi perang kekuningan dan tidak berbau

2. Bentuk

Usus yang sihat : Bentuk pisang, berdiameter 3cm, panjang 6cm

3. Kekerasan

Usus yang sihat : Biasanya mengandungi 75-80% kelembapan, jika >90% najis terhasil akan berair, jika <70% najis terhasil akan menjadi keras

4. Masa

Usus yang sihat : Najis yang dihasilkan mengambil masa 2-3 minit untuk keluar daripada dubur

5. Kuantiti

Usus yang sihat : Kuantiti yang dihasilkan lebih kurang 1kg

6. Kekerapan buang air
Usus yang sihat : Kekerapan buang air mestilah 2 kali sehari.



Cara yang paling berkesan untuk memastikan kesihatan usus sentiasa di tahap yang baik :

1. Bakteria baik hendaklah diambil dengan cara pengambilan supplemen
2. Mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya

Proses penuaan akan bertambah teruk sekiranya terdapat banyak toksin di dalam sistem penghadaman kita. Untuk mengurangkan risiko kesihatan, cara yang paling berkesan adalah dengan membersihkan usus kita supaya sistem penghadaman kita dapat berfungsi dengan cekap dan baik seterusnya kecantikan luaran akan terserlah dan proses penuaan akan menjadi lambat.

Pemenang anugerah nobel phD, Elie Metchnikoff mendapati penuaan adalah berpunca daripada rembesan toksin oleh bakteria berbahaya dalam usus.

Turut didapati, golongan yang mempunyai jangka hayat yang panjang, bakteria Bifidus dalam usus mereka adalah lebih banyak.

Apabila anda mengambil ubat antibiotik, bakteria baik dalam usus akan dihapuskan bersama-sama bakteria berbahaya. Bakteria Bifidus bertindak untuk mewujudkan persekitaran usus yang sihat. Dengan merangsangkan pergerakan usus, bakteria buruk dan bahan buangan toksin akan disingkirkan daripada badan.













Ayuh, usus sihat, badan cergas, minda cerdas.


Kredit Teks: Junaidi Syukri

Saturday, July 2, 2016

Tak Nak Tak Apa




Dalam pengalaman berkongsi dan bertemu orang, ada macam-macam karenahnya. Ada yang menjemputnya datang rumah dengan senang hati, ada yang bila sudah buat temujanji batal tiba-tiba, ada juga yang ghairah mahu dengar peluang, dan seribu macam lagi.

Apa pun tidak pernah mengecewakan kami. Kami bukan mahu beri 'BERUANG' tetapi kami mahu sama-sama beri 'PELUANG DAN BER WANG'.

Itu lumrah, kita datang niat untuk berkongsi dan membantu, mana tahu ada yang sakit, ada yang perlukan bantuan dan peluang. Kami ceritakan kebaikan produk dan peluang. Kami ikut sistem yang diajar. Kami bergerak dengan sistem yang diajar.

Dugaan dan ujian yang berlaku kepada kekasih hati saya lagi hebat. Mulut orang bukan senang nak tutup. Hari ini baru tahu siapa kawan siapa yang macam tak nak kawan. Nak jauh-jauhkan diri...Mengapa?

Sabarlah sayang! Itu yang saya mampu berikan kata-kata untuknya. Saya teringat dengan kata-kata yang saya tuliskan di muka buku beberapa bulan yang lalu.

"Hari ini, kalau kita mahu ubah hidup kita. Kita kena yakin pada diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif. Lakukan apa sahaja selagi ianya memberi manfaat untuk mengubah kehidupan kita.

Usah dikesah apa orang lain kata. Kita buat pun orang kata, tak buat pun orang kata kita. Baik kita berbuat sesuatu untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa, dan masyarakat..."

Orang tolak, orang tidak mahu takkan nak paksakan. Malah ada siang-siang lagi sudah beritahu...

"kalau nak cerita pasal produk...syarikat Elken...tak apa...belum bersedia".

Sampai begitu sekali.

Biasalah, kita berhubung dengan manusia bukan berhubung dengan makhluk asing...kann.'

Senyum...sabar...cuba lagi!. Ada yang dulu bila kita nak datang rumah senang sahaja , sekarang susah. Mereka seolah anggap macam kita ini mahu jual barang.

Alahai..tetamu datang membawa rahmat sudah dilupakan. Tak payahlah saya petik ayat quran atau hadis. Saya yakin sebagai muslim masing-masing reti dan faham dalil-dalil tersebut.

Apakah kami lemah? Tidak sama sekali...selagi kami kuat, selagi kami mahu...InsyAllah kami akan laksanakan. Kami pun takut jika kami tak kuat dan tidak sabar dalam mengharungi bisnes MLM ini.

Kami hanya minta kepada Allah SWT. Kami yakin hanya meletakkan pergantungan kepada-NYA kami akan kuat dan akan dapat. Kejayaan itu jalannya bukan mudah tapi kami yakin akan manis akhirnya.


AAMIIN YA RABB!


JAYAKAN ANDA JAYAKAN BANGSA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JAM N.O.A ELKEN NO 1